MESIN PENCANAI TAK SEPUSAT
Terdapat 4 cara yang biasa digunakan oleh mesin pencanai tak sepusat iaitu seperti berikut:
- Pencanai suapan terus
- Pencanai suapan dalam .
- Pencanai suapan hujung pencanai suapan bergabung
PENCANAI SUAPAN TERUS
Pencanaian suapan terus adalah untuk mencanai benda kerja yang berbentuk selinder tanpa bahu. Roda pengawal akan dilaraskan supaya ia terpesong 3 darjah dari roda pencanai. Sudut pesongan ini akan berubah mengikut bahan benda kerja @ penyudahan permukaan yang dikehendaki,biasanya diantara 0 hingga 8 darjah. Ketika operasi pencanai dimulakan benda kerja dijalankan dengan bantuan penyokong.
Gambarajah untuk pencanai suapan terus
PENCANAI SUAPAN DALAM
Pencanai suapan dalam adalah untuk mencanai benda kerja yang mempunyai kepala atau bahu. Panjang bahan kerja hendaklah tidak melebihi roda pencanai untuk mencegah pencanaian yang berperingkat. Sudut roda pengawal dilaras supaya ia selari dengan roda pencanai mendapatkan selinder yang lurus.
Roda pengawal biasa dilaraskan pada sudut ¼ hingga ¾ darjah untuk membolehkan benda kerja bergerak kearah hujung. Cara ini juga digunakan pada bahagian penahan yang lebih besar daripada bahagian diameter yang hendak dicanai.
Gambarajah untuk suapan dalam
PENCANAI SUAPAN HUJUNG
Pencanai suapan hujung adalah untuk mencanai benda kerja yang tirus dan berbentuk kon. Cara set lebih kurang sama dengan cara setan pencanai suapan terus. Untuk menjalankan pencanaian salah satu roda disetkan pada sudut yang tentu atau kedua-dua roda disetkan pada sudut yang tentu atau kedua-dua roda disetkan sama sekali end stop juga.
Gambarajah untuk pencanai suapan hujung
3 Kaedah Untuk Membuat Objek Membulat Dengan Menggunakkan Mesin Canai Tak Sepusat.
- Apabila kita mulakan kerja ini, tempatkan garis kerja pada benda kerja setinggi yang boleh pada mata alat. Sudut benda kerja mestilah diletakkan lebih tinggi daripada sudut roda pengawal. Ketinggian mata alat mempengarihi keberkesanan membulat.
- Kemudian, faktor kelajuan benda kerja berpusing akan membantu penghasilan benda kerja yang membulat. Kelajuan yang tinggi akan menghasilakan hasil kerja yang bagus. Tetapi, jika kelajuan pemotongan terlalu laju ia akan menyebabkan permukaan benda kerja menjadi kasar dan tidak rata. Laraskan kelajuan roda untuk mendapatkan pemusingan yang optimum.
- Kelajuan pencanaian mestilah dilaraskan untuk memastikan bendakerja yang dicanai secara membulat. Kebiasaannya, melaras kelajuan pemotongan akan menyebabakan pergerakkan menjadi perlahan untuk mencanai bar yang tidak sempurna membulat.
Apabila bar kelihatan sangat teruk, ia perlulah diluruskan terlebih dahulu sebelum mencanai.
SUDUT-SUDUT YANG TERLIBAT SEMASA SETAN KERJA
- Sudut bilah penyokong bagi mesin pencanai tak sepusat mestilah diantara 0̊ hingga 45̊.
- Pada kebanyakan aplikasi mesin pencanai tak sepusat, sudut puncak bilah penyokong.mestilah bersudut 30̊ untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
- Peraturan asasnya ialah kecuraman pada sudut bilah penyokong dimana semakin curam sudut tersebut, semakin cepat proses pencanaian berlaku.
- Untuk benda kerja yang mempunyai diemeter yang lebih besar dan panjang sudut yang kecil adalah yang terbaik.
- Untuk memberikan suapan membujur pada benda kerja, sudut bagi roda pengawal mestilah dicondongkan sedikit daripada garisan melintang.
- Sudut pelaras dari 0' ̊ hingga 8̊' atau 10̊' telah sedia ada pada mesin untuk kegunaan pelarasan ini.
- Sudut ini membawa peranan penting untuk mengawal kadar suapan.
MESIN CANAI TIDAK SEPUSAT
No comments:
Post a Comment